Sunday, 22 May 2011

Fakta

20 tahun Tok Guru jadi MB, 20 fakta menerajui perubahan

Oleh: Wanibrah

"Kini Tok Guru Nik Abdul Aziz sudah lebih 20 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan. Perkembangannya sudah dua dekad. Panduan menjalankan tugas menteri besar ialah prinsip dalam kaedah Islam, iaitu "siasah syariyyah" yang mengamalkan prinsip pentadbiran Ubudiah, Mas'uliah dan Itqan. Prinsip itu menjadi isi kandungan utama dalam dasar Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan. Kesan kandungan itulah telah merakamkan sekurang-kurang kemajuan 20 fakta program Dasar “Membangun Bersama Islam – Menerajui Perubahan” yang kini mendapat establishment dan manfaat besar pelbagai pihak.

Berikut adalah rumusan daripada 20 fakta:
Bil.
Program/projekPihak pemanfaat
1Sistem gadaian Islam ar-Rahn dibawah Permodalan Kelantan Berhad.Bank Rakyat - sistem pajak gadai ar-Rahnu; YAPEIM. Kini turut dilaksana oleh Bank Islam.
2Peraturan pembinaan rumah kos rendah – tiga bilik.Pemaju Perumahan
3Skim bantuan rumah dhuafatMembantu beban golongan miskin, kini ditiru oleh Kerajaan Pusat sebagai projek rumah mesra rakyat.
4Kurikulum pendidikan sekolah YIK telah diterima pakai oleh sekolah agama di negeri lain.Johor dan Sarawak; termasuk di luar negera (Singapura, Kampuchea)
5Sukatan peperiksaan STU diterima sekian lama sebagai saluran memasuki pengajian di Universiti al-Azhar Mesir.Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerima  idea STU ini dan telah melahirkan STAM (ganti STU) sebagai syarat masuk universiti tempatan dan Al-Azhar Mesir.
6Kurikulum Pendidikan Sepadu YIK (pengajaran selari pendidikan Islam dengan sains-iktisas) berjaya melahirkan pelajar cemerlang.Pihak KPM secara tidak langsung telah mengesahkan kelebihan kurikulum sepadu YIK apabila memasukan aliran agama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
7Amalan tazkirah di pejabat-pejabat Kerajaan Negeri telah diterima secara meluas.Seluruh negara oleh swasta/korporat/bank.
8Amalan tazkirah dalam waktu solat tarawih di masjid dan surau.Di seluruh negara.
9Sekolah tahfiz al-Quran telah berkembang pesat atas usaha Kerajaan Negeri KelantanSelepas itu berkembang di seluruh negara, termasuk inisiatif swasta.
10Perbankan Islam dicetus di Kelantan ekoran tindakan memindah akaun kerajaan kepada Bank IslamMerangsang bank-bank konvensional membuka kaunter Sistem Perbankan Tanpa Faedah/Sistem Perbankan Islam.
11Penggunaan wang syariah beteraskan emas dan perak melalui Dinar dan Dirham Kelantan mendapat sambutan hangat dan alternatif dalam sistem pertukaran/ perniagaan.Kelantan mendahului negeri-negeri lain, termasuk menjayakan hasrat Dr. Mahathir sebelum bersara dari Perdana Menteri; menambahkan lagi produk perniagaan Islam untuk menghalang riba.
12Mencetuskan produk pelancongan Islam – industri pelancongan agama dengan menjadi masjid, pusat pengajian pondok, dan bulan Ramadhan sebagai produk agama, termasuk membuka Kariah Ramadhan setiap tahun.Memberi ilham kepada kemajuan industri pelancongan negara untuk menarik pelancong umat Islam dari negara Arab datang ke Malaysia.
13Cuti hari Sabtu/dua hari dalam seminggu bagi pejabat Kerajaan NegeriDiterima pakai oleh Kerajaan Pusat.
14Pengisytiharan Kota Bharu Bandar Raya Islam, November 2005Dtiru oleh Kerajaan Terengganu – Kuala Terengganu Bandar Raya Pesisir Air.
15Cuti bersalin 60 hari bagi kakitangan awam wanitaDiterima pakai di Terengganu (era pentadbrian PAS) dan dipakai oleh kerajaan Pusat.
16Memula dan menangguhkan majlis/ mesyuarat berpandukan “etika pentadbiran Islam” membaca al-Fatihah/ al-Asri dan tasbih kafarahDipakai oleh kerajaan Pusat – dibuat pengubahsuaian, antaranya bacaan al-Fatihah diubah kepada bacaan doa.
17Membina masjid seni bina tradisi Cina untuk Masjid Keputeraan Sultan Ismail Petra (dikenali Masjid Beijing) di Rantau Panjang tahun 2008.Ditiru oleh Persatuan Muslim Cina dan JAKIM.
18Melaksanakan skim khairat kematian “takaful kifalah” untuk warga emas.Turut dilaksanakan di negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Kemudian ditiru oleh pihak Barisan Nasional atas nama “Takaful Merdeka.”
19Merakyatkan pembangunan menerusi projek “Ladang Rakyat.”Diterima pakai Kerajaan Selangor sebagai “merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)”; turut ditiru oleh Perdana Menteri – dijadikan slogan “...rakyat didahulukan.”
20Berkat pentadbiran Islam yang menaungi rakyat, kini seruan ‘Allahu Akbar’ telah mendapat ampun perkenan Tuanku Sultan Muhammad ke-V menggantikan seruan tradisi ‘daulat tuanku’Natijah ini telah melengkapkan fungsi dan kedudukan Al-Sultan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri yang dilihat telah mendahului negeri-negeri lain ke arah memartabatkan Islam sebagai dasar mentadbir negeri.
Semoga, diberkati Allah dan Kelantan terus berkat dan makmur. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Friday, 20 May 2011

Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. terciptalah satu blog khusus untuk Pas Cawangan Putra Permai.

Diharap dengan adanya blog ini, Pas Cawangan Putra Permai akan dapat berkomunikasi serta memberi informasi kepada semua masyarakat Putra Permai tentang aktiviti Pas Cawangan.

Di samping untuk menyampaikan mesej dan berita Pas Cawangan, semoga dengan wujudnya blog ini penduduk Putra Permai boleh beri cadangan dalam chatbox yang akan disediakan.

Sedar tak sedar kami dah wujudkan satu MEDIA BARU. Semoga blog ini memberi manfaat kepada sesiapa yang mengunjunginya... wassalam.

JazakAllahu bil khair,
Abdul Raffar Che Embong
(Ketua Pas Cawangan Putra Permai)